Pada masa ini golongan yang menggelar diri mereka sebagai mujaddid begitu lantang menyeru orang awam supaya melakukan penilian semula terhadap sebilangan fatwa-fatwa imam mazhab kononya kurang tepat atau menyalahi sunnah Nabi s.a.w. Seruan mereka bergema diseluruh tanah air mengajak masyarkat menaikki bahtera perubahan minda. Sikap mereka begitu keras terhadap beberapa amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat dengan tuduhan bida'ah lagi sesat jika tidak sesuai dengan pandangan mereka. Hujah mereka mengatakan sebahagian amalan harian tidak pun bersumberkan fatwa imam mazhab khususnya mazhab Syafi'e sebaliknya sekadar ajaran tok-tok guru pondok saja yang diambil dari kitab-kitab kuning. Tetatpi benarkah dakwaan mereka ???
Berikut ialah petikan dari kitab ' Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama Salaf ' yang dikarang oleh ulamak tersohor Prof. Dr Yusuf Qardhawi.
Tidak Boleh Ada Bantahan Dalam Masalah Khilafiah
Yang termasuk prinsip dasar dalam fiqah ikhtilaf ialah : Tidak boleh ada bantahan dalam masalah-masalah khilafiah. Maksudnya seseorang mujtahid tidak boleh membantah atau menyalahkan hasil ijtihad yang dilakukan oleh mujtahid lain dalam masalah-masalah yang boleh ijtihad. Masing-masing mujtahid tidak memiliki hak untuk menyatakan bahawa pendapatnya ialah yang paling benar sebab tidak ada yang maksum sesudah Nabi s.a.w. Kemungkinan benar atau salah terdapat pada kedua-duanya.
Maka tidak menghairankan kalau kita mendapati sebahagian muhaqqik dari kalangan ulama-ulama Islam terkemuka berpendapat bahawa tidak boleh berlaku bantahan terlebih lagi kecaman keras terhadap pendapat seorang mujtahid yang berkait dengan perkara-perkara yang diperselisihkan hukumnya di kalangan imam atau fuqaha.
Pendapat Imam Al-Ghazali - Dia menyebutkan dalam bab al-amru bi al-makruf wa an-nahyu 'an al-mungkar dalam kitab Ihya' Ulumuddin yang menceritakan rukun-rukun hisbah sebagai berikut; Hendaknya orang yang diingkari, dketahui secara pastibahawa dia bukan seorang mujtahid. Kerana setiap masalah yang dibolehkan ijtihad dalamnya, hisbah tidak boleh dilakukan.
Berdasarkan ini seseorang yang bermazhab Syafi'i tidak boleh menyalahkan orang yang bermazhab Hanafi orang yang idak membaca basmalah dalam solat. Begitu juga tidak boleh bagi orang yang bermazhab Syaifi'i membantah orang bermazhab Hanafi yang menikah tanpa wali atau minum arak sedikit yang tidak memabukan dan setrusnya.
Pendapat Imam Nawawi - Beliau dalam kitab Syarh Sahih Muslim ketika menerangkan makna hadis,
" Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya..........................dst. "
Beliau berkata, " Kemudian para ulama hanya mengingkari ijtihad dalam masalah yang telah didepakati oleh para imam. Adapun dalam masala yang diperselisihkan tidak boleh ada bantahan di sana. Kerana berdasarkan sudut pandangan kedua-dua mujtahid yang berbeza pendapat masing-masing adalah benar. Ini pendapat yang dipilih oleh jumhur ulama muktabar. Pendapat yang lain mengatakan, bahawa yang benar itu hanya satu sedangkan yang salah tidak munkin diketahui secara pasti dan dosanya telah terampun. "
Pendapat kami sendiri, " Orang yang salah tetap mendapat satu pahala sebagaimana yang disebut dalam hadis sahih. "
Pendapat Ibnu Rejab - Al-Allamah Ibnu Rejab berkata dalam kitab Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam, " Hal mungkar yang wajib kita ingkari adalah ijtihad dalam masalah-masalah yang telah disepakati oleh para imam. Adapun pada perkara yang diperselisihkan sebahagian sahabat kami ada ang mengatakan; tidak wajib diingkari, jika diketahui orang itu berijtihad di dalamnya, atau bertaklid kepada seorang mujtahid yang dibolehkan untuk diikuti.
Al-Qadhi Abu Ya'la dalam kitanya Al-Ahkam As-Sulthaniyah, dalam hal ini, memberikan pengecualian jika perselisihanya lemah. Kemudian hal tersebut merupakan pintu menuju perbuatan yang disepakati haramnya seperti nikah mut'ah.
Pendapat Ats_Tsauri - Ini adalah pendapat yang diriwayatkan dari salah seorang imam besar dari kalangan pendahulu. Dalam Al-Hilyah Abu Nu'aim mengutip pendapat Sufyan Ats-Tsauri, " Apabila engkau melihat orang melakukan satu perbuatan(amalan) yang diperselisihkan hukumnya, sementara engkau mempunyai pandangan yang berbeza denganya, maka janganlah engkau melarangnya." Begitu juga yang diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Faqih wa Al-Mutafaqqih dari Ats-Tsauri yang berkata, " Apa sahaja yang diperselisihkan oleh para fuqaha, maka aku tidak melarang saudara-saudarakuuntuk mengabilnya."
Pendapat As-Suyuthi - Tidak menghairankan kalau Al-Hafiz As-Suyuthi ketika menetapkan kaedah-kaedah syariat(al-qawaa'id asy-syari'iyyah) yang harus diperhatikan dalam mengeluarkan fatwa-fatwa dan keputusan hukum, beliau menetapkankaedah ke-35 sebagai berikut, " Tidak boleh ada pengingkaran terhadap hal yang diperselisihkan. Pengingkaran hanya boleh dilakukan terhadap pendapat yang menyimpang dari ijma' para ulamak.
Tidak mengapa mengambil pendapat dari mazhab yang diakui:
Dengan demikian jelaslah kepada kita bahawa seseorang boleh mengambil pendapat apapun yang bersumer dari salah satu mazhab yang diakui umat dalam masalah-masalah ijtihadiyah.Kemudian jika dia menjadikan pendapat itu sebagai pegangan dia tidak berdosa dan tidak boleh ada bantahan terhadap apa yang dipegang dan diamalkanya.
Adapun pendapat lain yang bertentangan boleh dilakukan melalui nilai-nilai ilmiah yang jauh dari mencela atau menyatakan keburukan orang yang berbeza pendapat denganya. Pendapat bertentangan boleh dikemukan berserta dalil-dalil disertai dengan hikmah(kata-kata yang bijak) berupa nasihat yang baik dan tetap menjaga persaudaraan.
Kesimpulanya - Berdasarkan pendapat jumhur ulamak tidak boleh melakukan bantahan dalam masalah ijtihadiyyah oleh para imam mujtahid, apa lagi bantahan secara kekerasan hingga melemparkan tuduhan-tuduhan jelek seperti pelaku bida'ah, sesat dan jahil. Setelah dia berhujah secara ilmiah mengikut pandangannya, dia tiada hak memaksa orang lain mengikutinya. Sesiapa sahaja melihat kebenaran ada pada salah satu dari dua pendapat yang ada, dia harus mengkutinya. Dan sesiapa yang bertaklid kepada orang yang berlainan berpendapat, maka jangan diingkari."
Golongan yang melayari bahtera perubahan minda begitu berani melawan pendapat jumhur ulamak dalam bab istiwa(aqidah). Para ulamak muktabar tidak mengizinkan berijthad dalam hal yang telah disepakati oleh mereka dan berlapang dada dalam hal khilafiah. Tetapi mereka golongan tajdid melawan arus dengan bersikap keras dalam masalah khilafiah dan sebaliknya menetang ijmak ulamak dalam hal takwilan makna istiwa(Allah duduk di atas Arsy). Sungguh pelik sikap mereka.
JIka sesama ulamak mujtahid pun tidak dibenarkan berbantah-bantahan atau mengingkari pendapat satu sama lain yang bersifat ijtihadiyyah apalagi orang yang jauh kebawah dari kedudukan ulama mujtahid sudah tentu mereka lebih tidak layak untuk mengingkari fatwa khilafiyyah. Kalau ulamak jerung telah memperakui bolehnya mengikut salah satu dari imam mazhab yang empat maka nasihat saya lemparkan saja ketepi seruan dari ulamak bilis yang mana ilmu, iman dan taqwa mereka tidak melepasi buku lali para imam mujtahid.
Golongan yang melayari bahtera perubahan minda begitu berani melawan pendapat jumhur ulamak dalam bab istiwa(aqidah). Para ulamak muktabar tidak mengizinkan berijthad dalam hal yang telah disepakati oleh mereka dan berlapang dada dalam hal khilafiah. Tetapi mereka golongan tajdid melawan arus dengan bersikap keras dalam masalah khilafiah dan sebaliknya menetang ijmak ulamak dalam hal takwilan makna istiwa(Allah duduk di atas Arsy). Sungguh pelik sikap mereka.
JIka sesama ulamak mujtahid pun tidak dibenarkan berbantah-bantahan atau mengingkari pendapat satu sama lain yang bersifat ijtihadiyyah apalagi orang yang jauh kebawah dari kedudukan ulama mujtahid sudah tentu mereka lebih tidak layak untuk mengingkari fatwa khilafiyyah. Kalau ulamak jerung telah memperakui bolehnya mengikut salah satu dari imam mazhab yang empat maka nasihat saya lemparkan saja ketepi seruan dari ulamak bilis yang mana ilmu, iman dan taqwa mereka tidak melepasi buku lali para imam mujtahid.