Sifat Solat Nabi Yang Sahih
Betulkan solat anda ! Bersolatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat - Sejak bilakah kali terakhir anda belajar solat ?
Pengarang : Allamah Dr Hassan Ali Al-Saqqaf (seorang ulama' dari Universiti Mu'tah Jordan)
Harga : RM35.00 Halaman : 323 m.s (kulit lembut)
Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihanya. HOT 18,000 naskah telah terjual !
Betulkan solat anda ! Bersolatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat - Sejak bilakah kali terakhir anda belajar solat ?
Dalam keghairahan kita mencontohi Rasulullah s.a.w timbul pelbagai fahaman yang beragam berkaitan ciri-ciri solat Nabi s.a.w. Akibatnya menimbulkan kekeliruan dan perpecahan sesama umat Islam. Ini berlaku kerana kegagalan sesetengah pihak menguasai methodologi penentusahan dalil yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. Buku ini merupakan jawapan total terhadap buku Sifat Solat Nabi versi Salafi Wahabi oleh Syiekh Nasiruddin Al-Bani.
Buku ini tampil menjelaskan ciri-ciri solat Nabi s.a.w yang sahih secara lengkap. Kupasan dalil-dalil tentang solat dibuat secara terperinci berdasarkan beberapa pandangan ulama' muktabar dan disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Penulis juga memberi ulasan terhadap hadis-hadis yang lemah dan menolak beberapa pandangan yang kontroversi yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab berdasarkan pandangan terkuat para ulama' dan ahli hadis. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t buku ini diterbitkan sebagai sebuah buku yang istimewa dalam bidang dan kelasnya dalam memberi pencerahan kepada masyarakat.
Klik : Melihat Contoh Halaman
Klik : Melihat Contoh Halaman
Pengarang : Allamah Dr Hassan Ali Al-Saqqaf (seorang ulama' dari Universiti Mu'tah Jordan)
Harga : RM35.00 Halaman : 323 m.s (kulit lembut)
Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihanya. HOT 18,000 naskah telah terjual !
Buku ini mengandungi 15 bab yang membahaskan tentang amalan zikir selepas solat. Ditulis secara eksklusif bagi menjawab pelbagai tuduhan oleh golongan yang tidak bersetuju dengan amalan yang dikatakan tidak mengikut sunnah.
Penulisan yang sarat dengan hujah-hujah ilmiah bagi mencari kebenaran. Banyak hadis-hadis yang terdapat dalam pelbagai kitab-kitab Hadis yang besar-besar telah dihimpun dan dimuatkan kedalam buku ini untuk tatapan pembaca sekelian. Dengan itu tidak perlu lagi membuka kitab-kitab yang tebal-tebal untuk mencari rujukan. Kitab Syarah Sahih Bukhari oleh Imam Ibn Hajar Asqalani merupakan rujukan utama dalam kajian buku ini. Amalan zikir yang benar-benar difahami berdasarkan ilmu sunnah mendatangkan kesan yang lebih mendalam kepada pengamalnya.
Klik : Melihat contoh halaman
Penulisan yang sarat dengan hujah-hujah ilmiah bagi mencari kebenaran. Banyak hadis-hadis yang terdapat dalam pelbagai kitab-kitab Hadis yang besar-besar telah dihimpun dan dimuatkan kedalam buku ini untuk tatapan pembaca sekelian. Dengan itu tidak perlu lagi membuka kitab-kitab yang tebal-tebal untuk mencari rujukan. Kitab Syarah Sahih Bukhari oleh Imam Ibn Hajar Asqalani merupakan rujukan utama dalam kajian buku ini. Amalan zikir yang benar-benar difahami berdasarkan ilmu sunnah mendatangkan kesan yang lebih mendalam kepada pengamalnya.
Klik : Melihat contoh halaman
Pengarang : Ustaz Mohammad Subki Abd Rahman Al-Hafiz dan Ustaz Mohd Rifqi Myiddin.
Harga : RM37.00 (termasuk pos) Halaman : 280 m.s (kulit lembut)
6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah.
Fiqh Kerahsiaan Wanita. Mengapa anda mesti membaca buku ini ? Ini kerana di dalam buku ini dikumpulkan perbahasan tentang perkara-perkara asas mengenai khilafiyyah. Walaubagaimanapun terdapat juga persoalan tentang akidah dan persoalan yang sudah diijma'kan oleh para ulama'. Ia dimuatkan juga kerana sering dibangkitkan dalam masyarakat Islam di dalam negara ini. Perkara-perkara yang sudah lama diamalkan dalam masyarakat Islam di Malaysia dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggung jawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan syari'ah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini dibentangkan penjelasan para ulama' muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap Al-Quran, Hadis maupun sumber-sumber istinbath yang lain. Klik : melihat contoh halaman
Pengarang : Muhadir b Hj Joll (pensyarah Universiti Islam Antarabangsa)
Halaman : 294 m.s(kulit lembut) Harga : RM35 (termasuk pos)
Buku ekslusif untuk wanita ! Buku ini mampu merungkai permasalahan wanita dari aspek-aspek yang biasanya menjadi rahsia dan malu nak bertanya. Buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan-persoalan rahsia dalaman wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat Islam secara tersusun, ringkas tetapi padat. Isi kandunganya dapat merongkai segala kekusutan masalah wanita InsyAllah dan tidak perlu kepada rujukan yang lain. Pengarangnya ialah seorang ulamak besar dalam bidang fiqh dari Al-Azhar, Mesir.
Penulis : Dr.Saadudin Mus'ad Hilali
Halaman : 184 m.s Harga : RM22.00 (termasuk pos)
Al-Quraan Berbicara Tentang Taqwa.
Taqwa adalah satu ungkapan yang paling kerap disebut di dalam kitab suci Al-Quraan. Ia diulang sebut di dalam pelbagai surah. Setiap minggu di atas mimbar tok khatib menyeru umat Islam dengan pesanan taqwa. Sudah tentu taqwa menjadi perkara yang sangat penting untuk di fahami dan dihayati oleh seluruh umat Islam. Bagi orang beriman sebaik-baik bekalan ialah taqwa dan setiap amal ibadat yang dilakukan matlamatnya ialah mencapai taqwa dan ganjaran Syurga dijanjikan hanya untuk orang-orang yang hatinya bertaqwa kepada Allah. Kehebatan sifat takwa membawa keselamatan hidup di dunia dan Akhirat. Setiap orang diperintahkan mencari jalan untuk mencapai taqwa. Tetapi jalanya bagaimana ? Buku ini mampu menjelaskan makna dan konsep taqwa serta menunjuk jalan-jalan yang harus dilalui oleh insan yang ingin mencapai darjat taqwa di sisi Allah s.w.t. insya Allah.
Pengarang : Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin
Halaman : 184 m.s Harga : RM22.00 (termasuk pos)
Allah Memuliakan Rasulullah s.a.w
" Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." ( Surah Al-Ahzab: 56 ).
" Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." ( Surah Al-Ahzab: 56 ).
Rasulullah s.a.w adalah penutup sekelian Nabi dan manusia paling mulia di sisi Allah mengatasi sekelian Nabi dan manusia lainya. Seorang insan teristimewa yang diperintahkan keatas manusia mencontohinya dalam segala aspek perlakuan. Di Akhirat dia diizinkan oleh Allah untuk memberi syafa'at kepada sesiapa yang dikehendakinya. Oleh itu setiap manusia khusunya orang Islam mesti mengenalinya dari sudut peribadi, perjalanan hidupnya, sabdaanya.
Pengarang : Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al- Linggi
Halaman : 128 m.s Harga : RM18.00
Makna Sebenar Bida'ah : Satu Penjelasan Rapi.
Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid'ah berpandukan kajian ilmiah yang mantap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil Al-Quran, Al-Hadith dan Al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Al-Asha'irah). Pengarang membawa kita menghayati pengertian sebenar bid'ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. sebagai bid'ah dan mengancam kesucian serta ketulinan agama. Beliau dapat membuktikan segala amalan-amalan baik yang telah diamalkan oleh umat Islam selama ini sebagai amalan yang didasarkan dari dalil-dalil yang jelas. Beliau juga berjaya membongkar pandangan aliran moden yang telah telah mengeksploitasi dari kejahilan umat kepada pandangan-pandangan yang kononnya sebagai pembaharuan (tajdid).
Pengarang : Al-Shaikh Al-Hafiz Abu Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari
Halaman : 244 m.s Harga : RM 22.00 (termasuk pos)
Fiqh Birrul Walidain : Buat Anak Yang Berbakti Kepada Kedua Ibubapanya.
Ibu bapa adalah permata mulia yang mampu membawa seseorang menuju ke Syurga seandainya ia berbuat kebaikan dan kemuliaan kepada mereka. Sebaliknya ke Neraka jika derhaka dan tidak memuliakan mereka. Setiap amalan mempunyai hukum-hakam dan peraturanya sendiri. Demikian juga dalam soal amalan bersopan santun terhadap kedua ibubapa yang patut difahami oleh anak-anak. Bagaimana memuliakan ibubapa melalui percakapan, begaul dengan mereka dan cara-cara mentaati mereka. Kesemua itu merpakan fikih yang wajib difahami oleh setiap individu yang benar-benar menginginkan pahala dan ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Fikih Birrul Walidain membahas secara terperinci dalil-dalil dari pendapat yang muktabar. Buku ini menjadi bacaan wajib bagi mereka yang bersungguh-sungguh ingin membuat kebaikan kepada orang tuanya.
Penulis : Musthofa bin Al-Dawi
Halaman : 220 m.s Harga : RM22.00 (termasuk pos)