Menamakan setiap ustaz dan ustazah sebagai ‘ulama’ adalah kebiasaan dalam masyarakat kita. Ada juga yang menggelarkan golongan ustaz sebagai ‘ahli ilmu’. Saya menyukai istilah ‘ahli ilmu’ kerana ia lebih jelas maksudnya berbanding ‘ulama’. Walaupun perkataan ‘ulama’ itu adalah berasal daripada perkataan ‘alim’ yang juga bermaksud orang berilmu, tapi saya rasa lebih selesa (tak semestinya orang lain pun selesa) dengan menggelarkan mereka ‘ahli ilmu’. Ini memberi isyarat yang jelas bahawa mereka perlu mencapai tahap ‘ilmu’ untuk melayakkan mereka digelar ahli ilmu. Semoga saya dan pembaca sekelian akan menjadi ‘ahli ilmu’ dalam erti kata sebenar.
DI ANTARA WAJAH-WAJAH ‘AHLI ILMU’
Dari masa ke semasa, saya sering bertemu dengan golongan ‘ahli ilmu’ yang benar-benar komited dengan ilmu. Mereka mempelajarinya secara berterusan (tidak berhenti setakat ijazah semata-mata), beramal dengannya, memiliki akhlak sebagai seorang ahli ilmu, terbuka mendengar pendapat orang lain dan lain-lain lagi sifat ahli ilmu yang kita ketahui daripada riwayat hidup para salaf (golongan di zaman awal iaitu para sahabat, tabiin dan generasi selepas tabiin).
Tapi dalam masa yang sama saya juga sering bertemu (sama ada secara fizikal atau tidak) dengan ahli ilmu yang tidak layak digelar ahli ilmu. Ilmunya tidak bertambah, memandang rendah kepada orang lain, tegas dengan pendapat sendiri yang belum pasti kebenarannya, menolak mentah-mentah apa sahaja pandangan yang tidak pernah didengarinya atau tidak dapat difahami olehnya, bersangka buruk, mempercayai apa sahaja perkara yang didengari telinganya dan sebagainya. Sifat-sifat ini tidak layak ada pada seorang yang biasa (bukan ahli ilmu tetapi berakhlak mulia), inikan pula mereka yang ingin digelar sebagai ‘ulama’! Saya ingin menyentuh satu aspek yang berkaitan ahli ilmu iaitu persoalan ‘Sikap SEBAHAGIAN pendokong Mazhab al-Syafie dan SEBAHAGIAN pendokong Sunnah’. Kedua-duanya mendakwa atau didakwa sebagai ‘ahli ilmu’. Adakah dakwaan ini tepat?
‘SEBAHAGIAN’ GOLONGAN YANG MEMPERTAHANKAN MAZHAB AL-SYAFIE
Imam al-Syafie adalah seorang yang amat agung dan beliau berada dalam senarai atas tokoh-tokoh Islam. Beliau hidup di zaman yang penuh keberkatan iaitu pada hujung kurun kedua Hijrah. Beliau bukan sahaja dianggap ‘imam’ dalam fiqh tetapi juga ‘imam’ dalam ilmu-ilmu yang lain. Tiada siapa dapat menafikan keilmuannya dan kehebatannya.
Tetapi, apa yang menyedihkan ialah - ada dalam kalangan mereka yang mendakwa diri sebagai pengikut mazhab al-Syafie sedangkan mereka tidak kenal bahkan tidak ambil tahu tentang sejarah hidup Imam Muhammad Ibn Idris al-Syafie. Mereka tidak ambil tahu tentang buku-buku karya al-Syafie. Mereka juga tidak kenal siapa murid-murid kanan al-Syafie yang hidup bersama beliau dan sama-sama menghidupkan mazhab al-Syafie. Amat jelas mereka tidak tahu pun apa itu fatwa-fatwa al-Syafie melainkan apa yang mereka dengar di sana dan di sini. Maka terciptalah secara tidak sedar satu rumus – apa yang kita dah buat sekian lama, itulah mazhab Syafie! Ahli ilmu yang sebenar pasti tidak akan sama sekali menuturkan ‘rumus’ ini.
Mungkin juga mereka tidak tahu kewujudan perbezaan pendapat pada sudut-sudut tertentu antara al-Syafie dan juga ulama-ulama mazhab al-Syafie yang hidup pada zaman selepas beliau yang mana mereka itu digelar al-Syafi’iyyah. Mereka menyangka bahawa pendapat al-Syafie adalah seratus peratus sama dengan pendapat murid-muridnya seperti al-Buwaithi dan al-Muzani atau al-Rabi’. Mereka berkemungkinan besar menyangka bahawa semua pendapat al-Rafi’i atau al-Nawawi adalah seratus peratus sama dengan pendapat Imam al-Syafie. Hanya ‘ahli ilmu’ yang akan tahu bahawa ada perbezaan. Walaupun tidak banyak secara keseluruhan, tapi ia wujud. Mengetahui perbezaan sebegini adalah penting dalam mengeluarkan pendapat atas nama mazhab Syafie.
Kalau anda ingin menjadi pendokong, jadilah pendokong yang berilmu dan adil, bukan semata-mata pendokong yang tak kenal pun siapa tokoh yang dipertahankan malah tidak kenal pula hasil ilmu yang dikatakan sebagai ‘mazhab al-Syafie’. Anda ibarat orang yang sibuk mempromosikan sesuatu jenama barang terkenal, tapi apabila ditanya dan disoal, diam seribu bahasa. Riuh sekampung, tapi ‘habuk pun tarak’.
Berkemungkinan besar mereka yang digelar ‘ahli ilmu’ ini mempertahankan habis-habisan mazhab al-Syafie, tetapi langsung tidak pernah membaca sampai habis (khatam) mana-mana buku fiqh mazhab al-Syafie apatah lagi buku al-Syafie sendiri. Maka bagaimanakah mereka boleh dipercayai dalam mengkelaskan ‘ini mazhab Syafie, itu bukan...itu mazhab Syafie, ini mazhab lain’? Kenapa tidak turunkan sedikit ego itu dan cuba bersikap rendah diri dan menggunakan ayat-ayat yang lebih ‘mesra’ seperti ‘menurut apa yang saya tahu, ini adalah pendapat mazhab Syafie’ atau ‘apa yang diberitahu kepada saya oleh guru saya, itu adalah pendapat mazhab lain’.
Letakkan di dalam hati satu perasaan atau satu pernyataan ‘masih banyak yang aku tidak tahu termasuklah pendapat dalam fiqh mazhab al-Syafie’. Jangan terus menyalahkan orang lain hanya kerana kita tidak pernah mendengar perkara tersebut. Telitilah diri, renungilah kemampuan ilmu di dada. Kalau ada orang yang menyebut satu hadith yang kita tidak tahu, jangan cepat menolak. Sedangkan Al-Quran itu pun ramai yang tidak hafaz, inikan pula hadith. Anda tidak dihalang untuk mengkaji bahkan itulah yang sepatutnya anda lakukan. Sebelum memberikan pendapat, sebelum mempertahankan apa yang anda telah lama buat, selidikilah terlebih dahulu.
Untuk memahami mazhab al-Syafie, anda perlu tahu buku-buku yang ada dalam mazhab al-Syafie. Paling asas ialah anda perlu tahu manakah satu buku yang ditulis oleh Imam al-Syafie sendiri (untuk mengetahu pendapat beliau) dan mana pula buku yang ditulis oleh ulama lain dalam mazhab al-Syafie. Anda perlu mengambil tahu tentang kedudukan ulama mazhab al-Syafie – bilakah mereka hidup (untuk membezakan zaman), yang mana satu menjadi tempat rujukan utama, bagaimana perbezaan pendapat mereka dengan Imam al-Syafie dan sebagainya. Kemudian, anda perlu menyusun jadual untuk kembali ‘mengkhatam’ buku-buku dalam mazhab al-Syafie. Jangan hanya satu buku yang anda khatam, lantas anda merasakan diri berada di tempat yang melayakkan anda untuk berfatwa! Dampingilah ahli ilmu yang lain, bertanyalah kepada yang lebih tahu, dan yang paling penting, hormatilah pendapat orang lain dan mazhab lain. Anda tidak dipaksa mengikut pendapat lain tapi pelajarilah sifat hormat-menghormati. Mungkin anda telah tahu bahawa Abu Hanifah (meninggal pada 150H) (mazhab Hanafi) pernah bertemu dan berbincang dengan sopan bersama Malik (179H) (mazhab Maliki). Mungkin anda juga telah tahu bahawa al-Syafie (204H) pernah berguru dengan Malik. Mungkin anda juga sedia maklum bahawa Ahmad Ibn Hanbal (241H) (mazhab Hambali) amat menyayangi gurunya al-Syafie dan begitu juga al-Syafie amat menyayanginya. Kalau anda dah tahu, janganlah buat-buat tak tahu. Itulah adab, itulah akhlak, itulah namanya ‘ahli ilmu’. Pelajarilah ilmu mereka dan pelajarilah juga akhlak mereka. Walaupun kita tidak sehebat mereka, contohilah mereka sedaya yang ada.
Saya menyedari bahawa ada dalam kalangan pendokong mazhab Syafie yang terlanjur kata bukan kerana mereka tidak beradab, cuma mungkin mereka terasa dan terguris kerana ada sebahagian anak muda yang tidak pandai berbicara lalu menghentam secara pukul rata semua pendokong mazhab. Nasihat saya, janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Dalamilah ilmu tentang mazhab al-Syafie, bacalah buku-buku fiqh yang terkemuka dalam mazhab Syafie, maka anda akan mampu memberikan hujah yang mantap dan bersabarlah dengan kerenah mereka yang kasar dan gopoh itu. Ramai lagi yang terbuka dan tidak seperti mereka.
Ya Allah, rahmatilah imam-imam kami, jadikanlah mereka contoh ikutan bagi kami.
‘SEBAHAGIAN’ GOLONGAN PENDOKONG SUNNAH
Mendokong Sunnah adalah tanggungjawab ‘ahli ilmu’. Tidak kira apa jua mazhab termasuklah mazhab al-Syafie, Sunnah adalah sumber hukum dan sumber ilmu. Kita semua adalah pendokong Sunnah dengan syarat kita memahami dan mempelajarinya, bukan semata-mata bersemangat tetapi ‘masuk angin keluar asap’. Sebahagian yang mendakwa mereka adalah pendokong Sunnah kadangkala terlalu emosi sehingga terlajak kata, bukan lagi terlajak perahu.
Contohnya, mereka memperkatakan tentang ‘haramnya taqlid’ sedangkan mereka tidak tahu apa maksud taqlid dan pembahagiannya. Sejak bila mereka menjadi ‘mujtahid mutlaq’ (tahap imam-imam mazhab) atau sekurang-kurangnya ‘mujtahid tarjih’ (tahap yang mampu memilih pendapat yang terbaik antara mazhab)? Mereka memperkatakan bahawa ‘kami ikut dalil, kamu ikut ulama’ sedangkan mereka tidak tahu bahawa ‘ulama’ itu lebih memahami dalil daripada mereka! Mereka sentiasa menyeru ke arah ‘mempertahankan Sunnah’ sedangkan mereka tidak memahami kebanyakan Sunnah malah tidak membacanya dengan teratur! Bagaimana saya dan anda ingin yakin dengan mereka yang tidak faham apa yang mereka perjuangkan?
Seolah-olah mendokong Sunnah membawa maksud menolak mazhab. Seolah-olah al-Syafie, Malik, Ahmad Ibn Hanbal dan Abu Hanifah (4 orang imam mazhab terkenal) tidak tahu Sunnah, tidak faham Sunnah, tidak beramal dengan Sunnah?! Maka kita dapati sebahagian mereka asyik mengkritik semua amalan masyarakat sama ada dengan dalil yang jelas atau yang kabur. Mereka asyik menghentam dan membid’ahkan tapi apabila berhujah, lidah mereka kelu. Orang lain bertungkus lumus membaca rujukan dan kajian ulama, tapi ada dalam kalangan mereka yang masih belum mahir membariskan bacaan buku-buku Arab, malah ada yang ‘baca lain, terjemahnya lain’!
Nasihat saya kepada mereka, tuntutlah ilmu. Pelajarilah Sunnah menurut urutan yang betul. Kenali sejarah perkembangan hadith, bacalah buku-buku Mustolah al-Hadith (ilmu tentang teori kajian), bacalah hadith secara konsisten dan istiqamah, bacalah huraian terhadap hadith-hadith tersebut agar maksudnya tidak disalah fahami, tanyalah kepada orang yang tahu sekiranya tidak tahu. Kenalilah sejarah hidup para salaf termasuk para imam mazhab yang sama sekali tidak pernah menolak Sunnah atau menyalahinya. Akhirnya, hormatilah orang lain dan berikanlah mereka peluang untuk memberikan pendapat. Mungkin mereka tidak terbuka, maka jangan anda pula yang tertutup. Mungkin mereka memang salah, maka berikanlah penjelasan yang kukuh. Cuba cari jalan untuk bersama dengan mereka sama ada membincangkan persoalan-persoalan yang disepakati atau cuba memberikan penjelasan dengan adab dan akhlak yang mulia dilengkapi hujah yang mantap.
Pelajarilah adab ulama salaf yang menghormati pendapat orang lain. Pelajarilah akhlak mereka dalam menegur kesilapan orang lain. Jangan baru setahun jagung sudah pandai membahagikan masyarakat ’ini ikut sunnah, itu tak ikut sunnah. Ini ahli sunnah, itu ahli bid’ah, yang lain ahli punah ranah’. Adakah ilmu di dada telah mencukupi untuk kita memberikan kata putus pada perkara yang masih dibincangkan ahli ilmu? Adakah dengan membaca satu dua buku tentang sunnah (itu pun tak habis sebenarnya), sudah melayakkan anda untuk mendakwa anda sebagai ahli sunnah atau ahli hadith?
HARAPAN
Perbezaan pendapat sepatutnya menjadikan kita lebih berhati-hati untuk memberikan pendapat. Tidak kira dalam kategori apa pun kita berada, kita perlu memberikan keutamaan pada kajian dan penyelidikan sebelum memberikan keputusan. Apa yang lebih penting ialah kita perlu menjaga lidah kita daripada kata-kata yang mungkin akan kita sesalkan di akhirat nanti. Niat saya hanyalah untuk memberikan sedikit nasihat dan pendapat. Semoga Allah mengampunkan saya dan anda. Wallahu a’lam.
alitantawi
al-ahkam.net
Showing posts with label khilafiah. Show all posts
Showing posts with label khilafiah. Show all posts
Wednesday, November 3, 2010
Monday, November 1, 2010
Nasehat Kepada Yang Suka Melemparkan Tuduhan Bidaah Dalam Perkara Khilafiah
Berikut ialah jawapan Dr. Hayei Abdul Syukur terhadap satu soalan yang diajukan kepada beliau tentang polemik bidaah dalam hal khilafiah yang sering dilontarkan oleh segolongan kaum muslimin yang terpengaruh dengan fahaman Salafiah gerakan tajdid. Jawapan ini dipetik dari http://www.drhayei.com/ (Prof Dr.Hayei ialah seorang pakar hadis yang pernah menjadi pensyarah di Akedemi Pengajian Islam UM dan pernah menjadi ahli majlis fatwa kebangsaan).
Masalah yang dikemukakan di atas termasuk antara masalah khilafiah yang usang dan dibaharui semula dalam negara kita sejak beberapa dekad yang lalu. Sepatutnya masalah ini tidak dibangkit lagi di tempat-tempat awam secara terbuka, biarlah ia tersimpan dalam fail-fail lama sebagai dokumen dan bahan sejarah. Jika perlu, biarlah dibuka oleh orang-orang tertentu jua, yang berkelayakan, beramanah dan tahu menilai harga pemikiran ulama dan perbezaan pendapat mereka dalam masalah-masalah tertentu.
Perbezaan pendapat antara ilmuwan dan bijak pandai Islam bukan perkara baru bagi masyarakat Islam di rantau ini. Pengalaman yang lalu memperlihatkan kerugiannya lebih besar daripada keuntungan, kerana masalah itu dibincangkan secara terbuka di hadapan orang awam, tanpa memelihara adab al-ikhtilaf (adab berbeza pendapat). Akibatnya lahir puak-puak kecil dalam masyarakat yang dipecah-belahkan oleh orang-orang yang embawa fahaman yang berbeza tanpa memelihara adab dan etikanya.
Beberapa dekad yang lalu, di negeri Kelantan dan Pattani sebagai contoh, pernah diperselisihkan pendapat tentang najis anjing, kenduri kematian, talkin selepas pengkebumian mayat, usalli dan banyak lagi. Akhirnya lahir dua kumpulan yang digelarkan kaum muda dan kaum tua. Masing-masing mempunyai pendapat dan pengikut setia yang seolah-olah diri dan puaknya sahaja yang betul dan tidak berkemungkinan salah, sedangkan kumpulan lawan pula salah dan tidak berkemungkinan betul sama sekali.
Anggapan sebagai pengamal bidaah, sesat dan membawa ke neraka terhadap kumpulan lawan yang berbeza pendapat tentang usalli, nawaitu dan sayyidina tidak boleh diterima sama sekali, malah boleh dianggap sebagai kurang sopan kerana secara tidak langsung pula menuduh pengamalnya sebagai ahli neraka. Memang ada hadis riwayat Muslim yang membawa erti: Setiap bidaah itu sesat, dan setiap kesesatan itu ditempatkan dalam neraka.
Tetapi, bagaimana bidaah yang dikatakan sesat dalam sabda itu? Apa takrifnya dan adakah hadis itu boleh dipakai pada semua perkara sama ada akidah atau bukan akidah. Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan bidaah kufur sahaja yang membawa pengamalnya ke neraka, supaya semua keterangan antara al-Quran dan hadis dapat diserasikan dan supaya tiada percanggahan berlaku antara al-Quran dan hadis-hadis sahih yang lain.
Penulis berpendapat isu-isu usalli, qunut solat subuh, sayyidina dan sebagainya adalah masalah kecil dan tidak perlu disebar kepada orang awam yang rendah pengetahuan agamanya. Cerdik pandai agama boleh membincangkan secara jujur dan ikhlas sesama ulama dan tokoh-tokoh yang berkeahlian sahaja. Dalam ruangan yang terbatas ini penulis tidak berpeluang mengemukakan hujah masing-masing, memadailah jika dikatakan kedua-duanya ada hujah dan dalil tetapi semuanya zanni dan wajar menerima perselisihan.
Perbezaan pendapat dalam isu-isu yang membabitkan hukum dan kaedah istinbat (mengeluarkan hukum), sepatutnya membawa rahmat serta menjana pemikiran ijtihad yang lebih matang, bukannya menambahkan kesengsaraan dan kekusutan fikiran yang tidak berkesudahan. Malang sekali, jika keuntungan sepatutnya diraih daripada perbezaan pendapat itu, tiba-tiba kerugian pula dihasilkan.
Negara-negara yang lebih awal menikmati tamadun Islam seperti Mesir , Iraq dan lain-lain sangat menyedari hakikat ini. Pemikir-pemikir Islam mereka telah menulis banyak buku yang berkaitan adab berbeza pendapat seperti Dr. Taha Jabir al-Alwani dengan bukunya berjudul Adab al-Ikhtilaf, Dr. al-Qaradawi dengan bukunya al-Sahwah al-Islamiyah dan lain-lain. Buku-buku ini sangat baik dibaca oleh tokoh-tokoh ilmuwan kita kerana ia ditulis oleh ulama yang berwibawa dan berpengalaman dalam bidang itu.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya membahagikan perbezaan pendapat kepada dua, perbezaan terpuji dan terkeji. Perbezaan terkeji menurutnya ialah apabila berlaku disebabkan faktor-faktor berikut:
1. Menunjuk kebolehan sendiri. Seseorang yang memasuki bidang fiqh perbandingan tidak akan berjaya dalam hidupnya sebagai ilmuwan jika disertai dengan nafsu dan rasa besar diri yang tidak terkawal atau taksub kepada mazhab, kumpulan atau jemaah yang dianutinya.
Orang yang taksub kepada diri sendiri, mazhab dan kumpulan tertentu bagaikan orang yang terkurung dalam sebuah bilik yang dikelilingi cermin, ia tidak nampak selain dirinya, kumpulan dan mazhabnya sahaja. Fikirannya terkunci, tidak mampu berbincang lebih luas daripada cermin kurungannya sahaja.
Orang yang taksub kepada mazhab tertentu tidak menerima wujudnya banyak mazhab dalam masyarakat. Dia tidak berpuas hati jika mazhab-mazhab lain juga sama mengambil tempat.
Penulis tertarik dengan tulisan Dr. Sulaiman al-Asyqar dalam kitabnya Tarikh al-Fiqh yang dipetiknya daripada Syeikh Rashid dalam mukadimah al-Mughni karya Ibn Qudamah, katanya:
``Sejarah mencatatkan permusuhan berlaku di Syam pada akhir abad ke-13 Hijrah antara kumpulan-kumpulan yang fanatik kepada mazhab. Mereka mendesak pemerintah supaya membahagikan masjid kepada pengikut-pengikut Syafie dan Hanafi, kerana ada fatwa dikeluarkan oleh ulama Syafie bahawa pengikut mazhab Hanafi disamakan tarafnya dengan kafir ahl al-Zimmah (kafir yang tinggal di dalam negara Islam).
Desakan itu pula berpunca daripada fatwa-fatwa liar dikeluarkan oleh ulama-ulama Syafie tentang masalah sama ada harus atau tidak bagi seorang pengikut mazhab Hanafi untuk berkahwin dengan wanita pengikut mazhab Syafie. Sesetengah ulama dari mazhab Hanafi berpendapat tidak sah perkahwinan itu kerana wanita itu diragui keimanannya, disebabkan Syafie memfatwakan harus seseorang berkata ``saya seorang muslim insya-Allah.''
Penulis juga pernah melihat jemaah di beberapa masjid sekitar Kuala Lumpur . Ada jemaah yang dengan sengaja keluar atau tidak bersedia mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang bukan daripada kumpulannya. Mereka lebih suka membuang masa di luar kawasan masjid untuk berbual daripada mendengar ceramah, walaupun kumpulan itu lebih minat berzikir dan beribadat sembahyang daripada berpuasa sunat.
Al-Quran al-Karim mengecam golongan yang taksub kepada sesuatu pihak semata-mata kerana pihak itu kumpulannya, bukan kerana kebenaran, iaitu dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan apabila dikatakan kepada mereka, ikutlah apa yang telah diturunkan Allah. Mereka menjawab: Tidak, tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada perbuatan nenek moyang kami. Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk.
2. Kurang pengetahuan, tetapi cita-citanya besar. Kumpulan ini pernah ditunjuk oleh nabi s.a.w. dalam sabdanya yang diriwayat Bukhari yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu daripada manusia secara terang-terangan, tetapi mencabutnya dengan menarik pulang ulama. Apabila ulama semuanya meninggal, seorang mencari si jahil untuk dilantik pemimpin, apabila ditanya hal-hal agama, mereka dengan tidak segan-segan menjawabnya, sesat dan menyesatkan. - (Fath al-bari 1/194).
Aneh sekali, orang jahil merasa terhina jika tidak dapat menjawab soalan agama yang dikemukakan kepadanya, sedangkan orang alim pula mencari seberapa banyak jalan untuk tidak menjawab kerana bimbang kesilapan berlaku.Ada beberapa contoh.
Al-Sya'bi, salah seorang imam hadis dari kalangan tabi'in berkata: Aku hairan, ada orang sambil berehat di atas kerusi mewah berani menjawab seberapa banyak soalan yang dikemukakan sedangkan soalan seumpama itu jika ditanya kepada Umar ibn al-Khattab, nescaya beliau mengumpul semua ahli badar (sahabat-sahabat kanan) untuk ditanya masalah itu kepada mereka. (Sifat al-Fatwa, halaman 8).
Imam Malik pernah ditanya kepadanya 38 soalan oleh penduduk Maghrib, beliau hanya menjawab enam soalan sahaja, 36 soalan lagi dijawabnya la adri (aku tidak tahu).
Ditakdirkan imam-imam ini lahir semula pada zaman ini, mereka akan terkejut besar melihat semua orang dari semua peringkat tanpa silu malu berani bercakap tentang Islam. Mereka sanggup memberi fatwa dalam apa jua masalah yang berkaitan atau tidak berkaitan.
Penulis pernah membaca sebuah majalah yang menemu ramah seorang pelakon. Beliau sering mencemuh belia Islam yang memandang serong terhadap profesion lakonan. Pelakon itu menyatakan pendapatnya: ``Apa yang anda tahu tentang lakonan itu. Lakonan adalah amalan, amalan adalah ibadat. Saya beribadat kepada Allah menerusi lakonan saya.''
Penulis merasakan penting sesuatu masalah dirujuk kepada pakar dalam sesuatu bidang. Tetapi sayang, dalam soal-soal agama, semua orang berani bercakap, berani menjawab dengan terus terang atas namanya. Apakah bidang agama boleh diserah kepada siapa sahaja.
Wednesday, October 27, 2010
Bagaimana Memahami Kata-Kata Imam As-Syafi'e
" Jika kamu dapati ada hadis yang sahih bertentangan dengan pendapat ku maka ikutilah hadis itu dan tinggal lah pendapatku."
Diantara perkara yang menjadi perbahasan hingga membawa kepada pelbagai pendapat ialah dalam memahami kata-kata Imam As-Syafi'e ketika berpesan kepada anak-anak muridnya. Salam faham dalam memahami maksud sebenar inilah yang mendorong sebahagian dari kita mengambil kesempatan untuk menonjol pendapat sendiri dan mempertikai sebahagian dari fatwa Imam As-Syafi'e atas alasan hujah yang lemah atau hadis yang sanadnya lemah.Berikut adalah jawaban yang di petik dari:
Diantara perkara yang menjadi perbahasan hingga membawa kepada pelbagai pendapat ialah dalam memahami kata-kata Imam As-Syafi'e ketika berpesan kepada anak-anak muridnya. Salam faham dalam memahami maksud sebenar inilah yang mendorong sebahagian dari kita mengambil kesempatan untuk menonjol pendapat sendiri dan mempertikai sebahagian dari fatwa Imam As-Syafi'e atas alasan hujah yang lemah atau hadis yang sanadnya lemah.Berikut adalah jawaban yang di petik dari:
HURAIAN TENTANG PERKATAAN IMAM SYAFIE
http://almalakawi.wordpress.com
اذا صح الحديث فهو مذهبى
Di dalam kitab Al-majmuk ada menerangkan pengertian sebenar perkataan Imam Syafie r.mh :
i. Tiadalah bermaksud bahawa seseorang yang melihat hadis sahih lantas dia berkata ini adalah mazhab Syafie dan beramal dengan zahir hadis.
ii. Tidak juga perkataan ini ditujukan kepada mereka yang tidak sampai kepada darajat ijtihad yang mana apabila menemui hadis sahih terus beramal dengannya.
iii. bahkan makna perkataan ini ditujukan kepada mereka yang sampai darajat ijtihad tetapi hendak beramal dengan hadis sahih yang ditemui ada beberapa syarat:-
a. Setelah ia(mujtahid) meneliti sekelian kitab Imam syafie dan sekelian kitab ulama mazhab Syafie
b. Kuat pada sangkaannya bahawa Imam Syafie tidak menemui hadis sahih itu.
Banyak hadis sahih yang telah sampai kepada Imam Syafie atau yang dia mengetahui tetapi dia tidak beramal dengan zahir hadis itu kerana Imam Syafie mengeluarkan hukum daripada hadis yang terlebih rajih daripadanya . Terkadang hadis itu mansukh (hadis yang dibatalkan hukum) atau ada hadis yang lain mentakhsiskan atau Imam Syafie telah mentakwil (mengambil makna yang lain selain daripada makna yang sebenar) hadis itu atau lainnya .
Ada setengah orang menyebut bahawa perkataan ini ditujukan kepada Ashab (anak murid ) Imam Syafie iaitu Imam Muzani Dan Imam Buwaiti ketika mereka mengemukakan pertanyaan ” yang mana satu hendak dipegang antara dua perkataan Imam Syafie iaitu Qaul Qadim (pendapat Imam Syafie semasa di Baghdad) atau Qaul Jadid (pendapat imam Syafie semasa di Mesir). Maka Imam Syafie memberi jawapan dengan berkata
اذا صح الحديث فهو مذهبى .
Oleh kerana itu perkataan Imam Syafie tersebut dibahaskan di dalam Muqaddimah Majmuk Imam Nawawi sebelum beliau masuk kepada tajuk
فصل كل مسئلة فيها قولان للشافعى رحمه الله قديم و جديد .
(ertinya: “Fasal bagi setiap masalah feqah ada padanya dua pendapat di sisi Imam Syafie r.h.m iaitu qaul qadim dan qaul jadid.”)
Disana juga ada terdapat masalah-masalah yang wajib di pegang atau diamalkan mengikut kaul qadim sedangkan kaedah asal kita wajib beramal dengan kaul jadid.
Peringatan:
Mazhab Shafie mempunyai ulama-ulama mujtahid tersendiri yang telah menjaga mazhab ini dengan berpandukan kaedah-kaedah Imam Syafie. Jika diandaikan bahawa Imam Syafie tidak menemui sesebuah hadis yang sahih untuk menerangkan sesuatu hukum, maka merekalah yang terlebih mampu dalam penyelidikan tersebut. Sesungguhnya telah maklum bahawa hukum-hakam dalam mazhab Syafie telahpun lengkap dengan dalil-dalil yang diutarakan di dalam kitab-kitab muktabar mereka itu.
Wednesday, October 20, 2010
Taqlid Dibolehkan Bagi yang Belum Sampai Pada Tingkatan Ijtihad
Menurut pendapat Imam Hasan Al-Banna, beliau berkata " Bagi setiap muslim yang belum sampai pada tingkatan yang sanggup mengkaji dalil dari hukum-hukum syari'at, hendaklah ia mengikuti salah seorang imam daripada imam-imam yang ada. Dan sebaliknya ia beruasaha untuk mengetahui dalilnya setakat kemampuanya, serta menerima semua petunjuk atau nasehat yang disertai dengan dalilnya, selama ia memandang orang yang menasehatinya memiliki keupayaan dan keahlian dalam hal yang dinasehati."
Jadi menurut beliau taqlid atau bermazhab adalah sesuatu yang diharuskan oleh syari'at. Namun ia tidak berlaku keatas semua orang tetapi hanya dibolehkan bagi setiap muslim yang belum sampai pada tingkatan an-nazhr atau tidak memiliki kemampuan untuk mengkaji dalil dari sumber-sumber hukum syari'at dan membuat kesimpulan-kesimpulan hukum dari Al-Quran,Sunnah, Qiyas dan Ijmak.
Ittiba'(Mengikuti) Bukan Taqlid.
Yang menarik dari ungkapan Imam Hasan Al-Banna beliau tidak menyebutnya dengan kata taqlid tetapi menggunakan kata ittiba'. Beliau berkata " Hendaknya ia mengikuti salah seorang imam dari imam-imam yang ada. Kata ittiba' ini penggunaanya lebih baik dari kata taqlid kerana Al-Quran sendiri menggunakan perkataan ittiba' berkaitan dengan hal-hal yang terpuji yang disyari'atkan. Contohnya seperti ucapan Nabi Ibrahim kepada ayahnya, " Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepada ku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepada mu, maka ikutilah(ittiba') aku, nescaya aku akan tunjukan kepada mu jalan yang lurus." (Maryam:43).
Ayat diatas menunjukkan bahawa orang yang tidak mengetahui dianjurkan supaya mengikuti orang alim dalam perkara yang dia tidak ada pengetahuan tentangnya. Demikian juga kita dapati dalam kisah Nabi Musa bersama seorang hamba yang soleh yang terkenal dengan Khidhr dimana Nabi Musa menemani Nabi Khidhr dalam perjalanan dan meminta supaya Nabi Khidhr megajarnya sebahagian ilmu-ilmu yang Allah kurniakan kepada beliau. Hal ini menjadi bukti bahawa mengikuti orang yang lebih mengetahui dalam sebahagian permasalahan bukanlah hal yang tercela.
Adapun kata-kata Imam Hazm, " Demikianlah Malik, ia melarang Taqlid. Begitu juga Asy-Syafi'i dan Abu Hanifah, .............." seperti ini dibantah oleh Imam Az_Zarkasyi yang mengatakan ungkapan seperti itu hanya ditujukan kepada orang yang telah sampai kepada tingkatan mujtahid dan bukan untuk semua manusia. Ada pun bagi orang awam mereka di suruh ittiba' kepada orang alim yang lebih mengetahui. Kewajipan berittiba' untuk orang awam, maka hal terseut berdasarkan firman Allah " Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43). Sabda Nabi s.a.w " Kenapa mereka tidak bertanya jika tidak mengetahui ? sesungguhnya ubat kebodohan ialah bertanya." hadis riwayat Abu Daud dai Jabir (kitab Ath-Taharah).
Frman Allah lagi, " Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya(ke medan perang) Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk mempelajari ilmu tentang agama mereka dan untuk memeberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjada dirinya." (At-Taubah:122).
Dalam ayat diatas Allah memerintahkan sebahagian penduduk dari suatu kaum untuk menerima perkataan orang alim dalam urusan agama mereka. Jika hal ini tidak diwajibkan kepada mereka(orang awam) maka memberi peringatan yang terkandung dalam ayat tersebut tidak mempunyai makna lagi.
Abdullah b Ahmad berkata, " Aku bertanya kepada ayahku(Imam Ahmad ibnu Hanbal) tentang seseorang yang memiliki beberapa kumpulan kitab-kitab yang mengandungi hadis-hadis Nabi s.a.w, perselisihan para sahabat dan tabi'in, namun orang itu tidak memiliki kemampuan untuk membzakan antara hadis dha'if dan matruk, juga antara sanad yang kuat dan sanad yang lemah, apakah dia boleh beramal sesuai dengan pendapat yang dia kehendaki itu ? " Ayahku menjawab, " Tidak boleh, sampai dia bertanya kepada alim ulamak tentang pendapat yang diambilnya dari kitab-kitab tersebut." Ini menunjukkan bahawa orang awam tidak boleh mengambil mudah dengan memandai-mandai mengeluarkan pendapat sendiri apabila telah membaca beberapa buku hadis dalam masalah tertentu sebelum mereka bertanya kepada orang alim.
Al-Qadhi Abu Al-Ma'aly Azizi bin Abdul Malik pernah berkata, " Sekiranya masayarakt awam diwajibkan belajar hingga mereka mampu mengetahui seluk-beluk pengambilan hukum, maka perlaksanaan mereka dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan agama tidak akan berjalan lancar sehingga semua mereka mencapai darjat alim, dan hal ini tidak mungkin terjadi. " Dengan demkian orang awam diberi keringanan untuk mengikuti pendapat orang alim yang memiliki kemampuan dalam menetapkan kesimpulan-kesimpulan hukum. Yang dilarang dalam agama hanyalah bagi orang alim mereka tidak dibenarkan bertaqlid kepada mujtahid lain.
Dari segi sejarah pun dari sekian ramai para sahabat Nabi s.a.w bukan semua mereka mencapai darjat alim ulamak. Tingkatan ilmu mereka pun berbeza-beza.Ada yang alim, sederhana dan yang teramai ialah golongan awam. Diriwayatkan hanya segelintir dari mereka sahaja yang betul-betul mencapai darjat alim dan mampu berijtihad contohnya seperti khalifah yang empat, Zaid b Thabit, Muadz b Jabbal, Abdullah b Masud, Abdullah b Umar dan beberapa yang lain. Selain dari itu mereka dikatogerikan sebagai orang awam yang selalu meminta fatwa-fatwa dari kalangan para sahabat yang alim. Begitu jugalah hal yang berlaku pada zaman tabi'in dan imam-imam mazhab. Mereka mengajar dan memberi fatwa kepada masyarakat awam dan tidak memaksa semua orang belajar hingga ke peringkat semuanya menjadi alim. Sekian.
Jadi menurut beliau taqlid atau bermazhab adalah sesuatu yang diharuskan oleh syari'at. Namun ia tidak berlaku keatas semua orang tetapi hanya dibolehkan bagi setiap muslim yang belum sampai pada tingkatan an-nazhr atau tidak memiliki kemampuan untuk mengkaji dalil dari sumber-sumber hukum syari'at dan membuat kesimpulan-kesimpulan hukum dari Al-Quran,Sunnah, Qiyas dan Ijmak.
Ittiba'(Mengikuti) Bukan Taqlid.
Yang menarik dari ungkapan Imam Hasan Al-Banna beliau tidak menyebutnya dengan kata taqlid tetapi menggunakan kata ittiba'. Beliau berkata " Hendaknya ia mengikuti salah seorang imam dari imam-imam yang ada. Kata ittiba' ini penggunaanya lebih baik dari kata taqlid kerana Al-Quran sendiri menggunakan perkataan ittiba' berkaitan dengan hal-hal yang terpuji yang disyari'atkan. Contohnya seperti ucapan Nabi Ibrahim kepada ayahnya, " Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepada ku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepada mu, maka ikutilah(ittiba') aku, nescaya aku akan tunjukan kepada mu jalan yang lurus." (Maryam:43).
Ayat diatas menunjukkan bahawa orang yang tidak mengetahui dianjurkan supaya mengikuti orang alim dalam perkara yang dia tidak ada pengetahuan tentangnya. Demikian juga kita dapati dalam kisah Nabi Musa bersama seorang hamba yang soleh yang terkenal dengan Khidhr dimana Nabi Musa menemani Nabi Khidhr dalam perjalanan dan meminta supaya Nabi Khidhr megajarnya sebahagian ilmu-ilmu yang Allah kurniakan kepada beliau. Hal ini menjadi bukti bahawa mengikuti orang yang lebih mengetahui dalam sebahagian permasalahan bukanlah hal yang tercela.
Adapun kata-kata Imam Hazm, " Demikianlah Malik, ia melarang Taqlid. Begitu juga Asy-Syafi'i dan Abu Hanifah, .............." seperti ini dibantah oleh Imam Az_Zarkasyi yang mengatakan ungkapan seperti itu hanya ditujukan kepada orang yang telah sampai kepada tingkatan mujtahid dan bukan untuk semua manusia. Ada pun bagi orang awam mereka di suruh ittiba' kepada orang alim yang lebih mengetahui. Kewajipan berittiba' untuk orang awam, maka hal terseut berdasarkan firman Allah " Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43). Sabda Nabi s.a.w " Kenapa mereka tidak bertanya jika tidak mengetahui ? sesungguhnya ubat kebodohan ialah bertanya." hadis riwayat Abu Daud dai Jabir (kitab Ath-Taharah).
Frman Allah lagi, " Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya(ke medan perang) Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk mempelajari ilmu tentang agama mereka dan untuk memeberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjada dirinya." (At-Taubah:122).
Dalam ayat diatas Allah memerintahkan sebahagian penduduk dari suatu kaum untuk menerima perkataan orang alim dalam urusan agama mereka. Jika hal ini tidak diwajibkan kepada mereka(orang awam) maka memberi peringatan yang terkandung dalam ayat tersebut tidak mempunyai makna lagi.
Abdullah b Ahmad berkata, " Aku bertanya kepada ayahku(Imam Ahmad ibnu Hanbal) tentang seseorang yang memiliki beberapa kumpulan kitab-kitab yang mengandungi hadis-hadis Nabi s.a.w, perselisihan para sahabat dan tabi'in, namun orang itu tidak memiliki kemampuan untuk membzakan antara hadis dha'if dan matruk, juga antara sanad yang kuat dan sanad yang lemah, apakah dia boleh beramal sesuai dengan pendapat yang dia kehendaki itu ? " Ayahku menjawab, " Tidak boleh, sampai dia bertanya kepada alim ulamak tentang pendapat yang diambilnya dari kitab-kitab tersebut." Ini menunjukkan bahawa orang awam tidak boleh mengambil mudah dengan memandai-mandai mengeluarkan pendapat sendiri apabila telah membaca beberapa buku hadis dalam masalah tertentu sebelum mereka bertanya kepada orang alim.
Al-Qadhi Abu Al-Ma'aly Azizi bin Abdul Malik pernah berkata, " Sekiranya masayarakt awam diwajibkan belajar hingga mereka mampu mengetahui seluk-beluk pengambilan hukum, maka perlaksanaan mereka dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan agama tidak akan berjalan lancar sehingga semua mereka mencapai darjat alim, dan hal ini tidak mungkin terjadi. " Dengan demkian orang awam diberi keringanan untuk mengikuti pendapat orang alim yang memiliki kemampuan dalam menetapkan kesimpulan-kesimpulan hukum. Yang dilarang dalam agama hanyalah bagi orang alim mereka tidak dibenarkan bertaqlid kepada mujtahid lain.
Dari segi sejarah pun dari sekian ramai para sahabat Nabi s.a.w bukan semua mereka mencapai darjat alim ulamak. Tingkatan ilmu mereka pun berbeza-beza.Ada yang alim, sederhana dan yang teramai ialah golongan awam. Diriwayatkan hanya segelintir dari mereka sahaja yang betul-betul mencapai darjat alim dan mampu berijtihad contohnya seperti khalifah yang empat, Zaid b Thabit, Muadz b Jabbal, Abdullah b Masud, Abdullah b Umar dan beberapa yang lain. Selain dari itu mereka dikatogerikan sebagai orang awam yang selalu meminta fatwa-fatwa dari kalangan para sahabat yang alim. Begitu jugalah hal yang berlaku pada zaman tabi'in dan imam-imam mazhab. Mereka mengajar dan memberi fatwa kepada masyarakat awam dan tidak memaksa semua orang belajar hingga ke peringkat semuanya menjadi alim. Sekian.
Friday, September 3, 2010
Tidak Boleh Ada Bantahan Dalam Masalah Khilafiah
Pada masa ini golongan yang menggelar diri mereka sebagai mujaddid begitu lantang menyeru orang awam supaya melakukan penilian semula terhadap sebilangan fatwa-fatwa imam mazhab kononya kurang tepat atau menyalahi sunnah Nabi s.a.w. Seruan mereka bergema diseluruh tanah air mengajak masyarkat menaikki bahtera perubahan minda. Sikap mereka begitu keras terhadap beberapa amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat dengan tuduhan bida'ah lagi sesat jika tidak sesuai dengan pandangan mereka. Hujah mereka mengatakan sebahagian amalan harian tidak pun bersumberkan fatwa imam mazhab khususnya mazhab Syafi'e sebaliknya sekadar ajaran tok-tok guru pondok saja yang diambil dari kitab-kitab kuning. Tetatpi benarkah dakwaan mereka ???
Berikut ialah petikan dari kitab ' Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama Salaf ' yang dikarang oleh ulamak tersohor Prof. Dr Yusuf Qardhawi.
Tidak Boleh Ada Bantahan Dalam Masalah Khilafiah
Yang termasuk prinsip dasar dalam fiqah ikhtilaf ialah : Tidak boleh ada bantahan dalam masalah-masalah khilafiah. Maksudnya seseorang mujtahid tidak boleh membantah atau menyalahkan hasil ijtihad yang dilakukan oleh mujtahid lain dalam masalah-masalah yang boleh ijtihad. Masing-masing mujtahid tidak memiliki hak untuk menyatakan bahawa pendapatnya ialah yang paling benar sebab tidak ada yang maksum sesudah Nabi s.a.w. Kemungkinan benar atau salah terdapat pada kedua-duanya.
Maka tidak menghairankan kalau kita mendapati sebahagian muhaqqik dari kalangan ulama-ulama Islam terkemuka berpendapat bahawa tidak boleh berlaku bantahan terlebih lagi kecaman keras terhadap pendapat seorang mujtahid yang berkait dengan perkara-perkara yang diperselisihkan hukumnya di kalangan imam atau fuqaha.
Pendapat Imam Al-Ghazali - Dia menyebutkan dalam bab al-amru bi al-makruf wa an-nahyu 'an al-mungkar dalam kitab Ihya' Ulumuddin yang menceritakan rukun-rukun hisbah sebagai berikut; Hendaknya orang yang diingkari, dketahui secara pastibahawa dia bukan seorang mujtahid. Kerana setiap masalah yang dibolehkan ijtihad dalamnya, hisbah tidak boleh dilakukan.
Berdasarkan ini seseorang yang bermazhab Syafi'i tidak boleh menyalahkan orang yang bermazhab Hanafi orang yang idak membaca basmalah dalam solat. Begitu juga tidak boleh bagi orang yang bermazhab Syaifi'i membantah orang bermazhab Hanafi yang menikah tanpa wali atau minum arak sedikit yang tidak memabukan dan setrusnya.
Pendapat Imam Nawawi - Beliau dalam kitab Syarh Sahih Muslim ketika menerangkan makna hadis,
" Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya..........................dst. "
Beliau berkata, " Kemudian para ulama hanya mengingkari ijtihad dalam masalah yang telah didepakati oleh para imam. Adapun dalam masala yang diperselisihkan tidak boleh ada bantahan di sana. Kerana berdasarkan sudut pandangan kedua-dua mujtahid yang berbeza pendapat masing-masing adalah benar. Ini pendapat yang dipilih oleh jumhur ulama muktabar. Pendapat yang lain mengatakan, bahawa yang benar itu hanya satu sedangkan yang salah tidak munkin diketahui secara pasti dan dosanya telah terampun. "
Pendapat kami sendiri, " Orang yang salah tetap mendapat satu pahala sebagaimana yang disebut dalam hadis sahih. "
Pendapat Ibnu Rejab - Al-Allamah Ibnu Rejab berkata dalam kitab Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam, " Hal mungkar yang wajib kita ingkari adalah ijtihad dalam masalah-masalah yang telah disepakati oleh para imam. Adapun pada perkara yang diperselisihkan sebahagian sahabat kami ada ang mengatakan; tidak wajib diingkari, jika diketahui orang itu berijtihad di dalamnya, atau bertaklid kepada seorang mujtahid yang dibolehkan untuk diikuti.
Al-Qadhi Abu Ya'la dalam kitanya Al-Ahkam As-Sulthaniyah, dalam hal ini, memberikan pengecualian jika perselisihanya lemah. Kemudian hal tersebut merupakan pintu menuju perbuatan yang disepakati haramnya seperti nikah mut'ah.
Pendapat Ats_Tsauri - Ini adalah pendapat yang diriwayatkan dari salah seorang imam besar dari kalangan pendahulu. Dalam Al-Hilyah Abu Nu'aim mengutip pendapat Sufyan Ats-Tsauri, " Apabila engkau melihat orang melakukan satu perbuatan(amalan) yang diperselisihkan hukumnya, sementara engkau mempunyai pandangan yang berbeza denganya, maka janganlah engkau melarangnya." Begitu juga yang diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Faqih wa Al-Mutafaqqih dari Ats-Tsauri yang berkata, " Apa sahaja yang diperselisihkan oleh para fuqaha, maka aku tidak melarang saudara-saudarakuuntuk mengabilnya."
Pendapat As-Suyuthi - Tidak menghairankan kalau Al-Hafiz As-Suyuthi ketika menetapkan kaedah-kaedah syariat(al-qawaa'id asy-syari'iyyah) yang harus diperhatikan dalam mengeluarkan fatwa-fatwa dan keputusan hukum, beliau menetapkankaedah ke-35 sebagai berikut, " Tidak boleh ada pengingkaran terhadap hal yang diperselisihkan. Pengingkaran hanya boleh dilakukan terhadap pendapat yang menyimpang dari ijma' para ulamak.
Tidak mengapa mengambil pendapat dari mazhab yang diakui:
Dengan demikian jelaslah kepada kita bahawa seseorang boleh mengambil pendapat apapun yang bersumer dari salah satu mazhab yang diakui umat dalam masalah-masalah ijtihadiyah.Kemudian jika dia menjadikan pendapat itu sebagai pegangan dia tidak berdosa dan tidak boleh ada bantahan terhadap apa yang dipegang dan diamalkanya.
Adapun pendapat lain yang bertentangan boleh dilakukan melalui nilai-nilai ilmiah yang jauh dari mencela atau menyatakan keburukan orang yang berbeza pendapat denganya. Pendapat bertentangan boleh dikemukan berserta dalil-dalil disertai dengan hikmah(kata-kata yang bijak) berupa nasihat yang baik dan tetap menjaga persaudaraan.
Kesimpulanya - Berdasarkan pendapat jumhur ulamak tidak boleh melakukan bantahan dalam masalah ijtihadiyyah oleh para imam mujtahid, apa lagi bantahan secara kekerasan hingga melemparkan tuduhan-tuduhan jelek seperti pelaku bida'ah, sesat dan jahil. Setelah dia berhujah secara ilmiah mengikut pandangannya, dia tiada hak memaksa orang lain mengikutinya. Sesiapa sahaja melihat kebenaran ada pada salah satu dari dua pendapat yang ada, dia harus mengkutinya. Dan sesiapa yang bertaklid kepada orang yang berlainan berpendapat, maka jangan diingkari."
Golongan yang melayari bahtera perubahan minda begitu berani melawan pendapat jumhur ulamak dalam bab istiwa(aqidah). Para ulamak muktabar tidak mengizinkan berijthad dalam hal yang telah disepakati oleh mereka dan berlapang dada dalam hal khilafiah. Tetapi mereka golongan tajdid melawan arus dengan bersikap keras dalam masalah khilafiah dan sebaliknya menetang ijmak ulamak dalam hal takwilan makna istiwa(Allah duduk di atas Arsy). Sungguh pelik sikap mereka.
JIka sesama ulamak mujtahid pun tidak dibenarkan berbantah-bantahan atau mengingkari pendapat satu sama lain yang bersifat ijtihadiyyah apalagi orang yang jauh kebawah dari kedudukan ulama mujtahid sudah tentu mereka lebih tidak layak untuk mengingkari fatwa khilafiyyah. Kalau ulamak jerung telah memperakui bolehnya mengikut salah satu dari imam mazhab yang empat maka nasihat saya lemparkan saja ketepi seruan dari ulamak bilis yang mana ilmu, iman dan taqwa mereka tidak melepasi buku lali para imam mujtahid.
Golongan yang melayari bahtera perubahan minda begitu berani melawan pendapat jumhur ulamak dalam bab istiwa(aqidah). Para ulamak muktabar tidak mengizinkan berijthad dalam hal yang telah disepakati oleh mereka dan berlapang dada dalam hal khilafiah. Tetapi mereka golongan tajdid melawan arus dengan bersikap keras dalam masalah khilafiah dan sebaliknya menetang ijmak ulamak dalam hal takwilan makna istiwa(Allah duduk di atas Arsy). Sungguh pelik sikap mereka.
JIka sesama ulamak mujtahid pun tidak dibenarkan berbantah-bantahan atau mengingkari pendapat satu sama lain yang bersifat ijtihadiyyah apalagi orang yang jauh kebawah dari kedudukan ulama mujtahid sudah tentu mereka lebih tidak layak untuk mengingkari fatwa khilafiyyah. Kalau ulamak jerung telah memperakui bolehnya mengikut salah satu dari imam mazhab yang empat maka nasihat saya lemparkan saja ketepi seruan dari ulamak bilis yang mana ilmu, iman dan taqwa mereka tidak melepasi buku lali para imam mujtahid.
Friday, August 27, 2010
Meniti Jalan Yang Lurus
Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari didalam solat 5 waktu. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, (minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin). Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi (nikmat) pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.
Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Sahabat r.a, Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah.
Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Sahabat r.a, Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah.
Para Sahabat dan Generasi salaf hidup dalam 3 kurun yang terbaik seperti yang diberi tahu oleh Nabi s.a.w. Generasi awal memahami Al-Quraan dan Sunnah jauh leih baik dari kita yang hidup 1400 thaun selepas mereka. Islam(kitab Allah dan Hadits Nabi s.a.w) yang kita anuti pada hari ini adalah datangnya melalui tangan dan lisan mereka yang tetap istiqamah diatas jalan yang lurus.
Jika kita menganadaikan mereka tidak berhati-hati semasa menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan Al-Quraan dan Hadits kepada generasi selepas mereka bagaimana pula sesuatu hadits itu hendak dikatakan sahih atau tidak ? Bukankah semua hadits Nabi s.a.w sampai kepada kita melalui lidah dan tulisan mereka. Ilmu Islam akan tergugat sekiranya kita mengatakan ulamak salaf kurang cermat didalam hal penyampaian ilmu dan periwayatan hadits.
Apabila kita mengatakan para ulamak salaf terutamnya imam-imam mujtahid berfatwa tidak mengikut sunnah maka natijahnya ialah kita menuduh mereka berfatwa mengikut hawa-nafsu. Ini adalah satu tuduhan yang sangat berat. Jika mereka tersilap(mungkin ada dalam kes-kes terpencil) sudah tentu ulamak-ulamak yang datang sesudah mereka terutamanya anak murid mereka akan membuat pembetulan. Kesilapan kecil atau sesuatu yang kurang hampir kepada kebenaran didalam berfatwa bukanlah bermakna seluruh ajaran mazhab berkenaan mestilah dibubarkan.
insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah.
Mari kita lihat kata-kata Imam al-Nawawi dalam bab pentingnya mengikut mazhab bagi sekelian orang awam.
Kata-kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu'
“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu. Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini. Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam. Hal ini, apabila diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.”
Subscribe to:
Posts (Atom)