Friday, September 3, 2010

Tidak Boleh Ada Bantahan Dalam Masalah Khilafiah

Pada masa ini golongan yang menggelar diri mereka sebagai mujaddid begitu lantang menyeru orang awam supaya melakukan penilian semula terhadap sebilangan fatwa-fatwa imam mazhab kononya kurang tepat atau menyalahi sunnah Nabi s.a.w. Seruan mereka bergema diseluruh tanah air mengajak masyarkat menaikki bahtera perubahan minda. Sikap mereka begitu keras terhadap beberapa amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat dengan tuduhan bida'ah lagi sesat jika tidak sesuai dengan pandangan mereka. Hujah mereka mengatakan sebahagian amalan harian tidak pun bersumberkan fatwa imam mazhab khususnya mazhab Syafi'e sebaliknya sekadar ajaran tok-tok guru pondok saja yang diambil dari kitab-kitab kuning. Tetatpi benarkah dakwaan mereka ???

Berikut ialah petikan dari kitab ' Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama Salaf ' yang dikarang oleh ulamak tersohor Prof. Dr Yusuf Qardhawi.

Tidak Boleh Ada Bantahan Dalam Masalah Khilafiah

Yang termasuk prinsip dasar dalam fiqah ikhtilaf ialah : Tidak boleh ada bantahan dalam masalah-masalah khilafiah. Maksudnya seseorang mujtahid tidak boleh membantah atau menyalahkan hasil ijtihad yang dilakukan oleh mujtahid lain dalam masalah-masalah yang boleh ijtihad. Masing-masing mujtahid tidak memiliki hak untuk menyatakan bahawa pendapatnya ialah yang paling benar sebab tidak ada yang maksum sesudah Nabi s.a.w. Kemungkinan benar atau salah terdapat pada kedua-duanya.

Maka tidak menghairankan kalau kita mendapati sebahagian muhaqqik dari kalangan ulama-ulama Islam terkemuka berpendapat bahawa tidak boleh berlaku bantahan terlebih lagi kecaman keras terhadap pendapat seorang mujtahid yang berkait dengan perkara-perkara yang diperselisihkan hukumnya di kalangan imam atau fuqaha.

Pendapat Imam Al-Ghazali - Dia menyebutkan dalam bab al-amru bi al-makruf wa an-nahyu 'an al-mungkar dalam kitab Ihya' Ulumuddin yang menceritakan rukun-rukun hisbah sebagai berikut; Hendaknya orang yang diingkari, dketahui secara pastibahawa dia bukan seorang mujtahid. Kerana setiap masalah yang dibolehkan ijtihad dalamnya, hisbah tidak boleh dilakukan.

Berdasarkan ini seseorang yang bermazhab Syafi'i tidak boleh menyalahkan orang yang bermazhab Hanafi orang yang idak membaca basmalah dalam solat. Begitu juga tidak boleh bagi orang yang bermazhab Syaifi'i membantah orang bermazhab Hanafi yang menikah tanpa wali atau minum arak sedikit yang tidak memabukan dan setrusnya.

Pendapat Imam Nawawi - Beliau dalam kitab Syarh Sahih Muslim ketika menerangkan makna hadis,
                " Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya..........................dst. "

Beliau berkata, " Kemudian para ulama hanya mengingkari ijtihad dalam masalah yang telah didepakati oleh para imam. Adapun dalam masala yang diperselisihkan tidak boleh ada bantahan di sana. Kerana berdasarkan sudut pandangan kedua-dua mujtahid yang berbeza pendapat masing-masing adalah benar. Ini pendapat yang dipilih oleh jumhur ulama muktabar. Pendapat yang lain mengatakan, bahawa yang benar itu hanya satu sedangkan yang salah tidak munkin diketahui secara pasti dan dosanya telah terampun. "

Pendapat kami sendiri, " Orang yang salah tetap mendapat satu pahala sebagaimana yang disebut dalam hadis sahih. "

Pendapat Ibnu Rejab - Al-Allamah Ibnu Rejab berkata dalam kitab Jami' Al-'Ulum wa Al-Hikam, " Hal mungkar yang wajib kita ingkari adalah ijtihad dalam masalah-masalah yang telah disepakati oleh para imam. Adapun pada perkara yang diperselisihkan sebahagian sahabat kami ada ang mengatakan; tidak wajib diingkari, jika diketahui orang itu berijtihad di dalamnya, atau bertaklid kepada seorang mujtahid yang dibolehkan untuk diikuti.

Al-Qadhi Abu Ya'la dalam kitanya Al-Ahkam As-Sulthaniyah, dalam hal ini, memberikan pengecualian jika perselisihanya lemah. Kemudian hal tersebut merupakan pintu menuju perbuatan yang disepakati haramnya seperti nikah mut'ah.    

Pendapat Ats_Tsauri - Ini adalah pendapat yang diriwayatkan dari salah seorang imam besar dari kalangan pendahulu. Dalam Al-Hilyah Abu Nu'aim mengutip pendapat Sufyan Ats-Tsauri, " Apabila engkau melihat orang melakukan satu perbuatan(amalan) yang diperselisihkan hukumnya, sementara engkau mempunyai pandangan yang berbeza denganya, maka janganlah engkau melarangnya." Begitu juga yang diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Faqih wa Al-Mutafaqqih dari Ats-Tsauri yang berkata, " Apa sahaja yang diperselisihkan oleh para fuqaha, maka aku tidak melarang saudara-saudarakuuntuk mengabilnya."

Pendapat As-Suyuthi - Tidak menghairankan kalau Al-Hafiz As-Suyuthi ketika menetapkan kaedah-kaedah syariat(al-qawaa'id asy-syari'iyyah) yang harus diperhatikan dalam mengeluarkan fatwa-fatwa dan keputusan hukum, beliau menetapkankaedah ke-35 sebagai berikut, " Tidak boleh ada pengingkaran terhadap hal yang diperselisihkan. Pengingkaran hanya boleh dilakukan terhadap pendapat yang menyimpang dari ijma' para ulamak.

Tidak mengapa mengambil pendapat dari mazhab yang diakui:

Dengan demikian jelaslah kepada kita bahawa seseorang boleh mengambil pendapat apapun yang bersumer dari salah satu mazhab yang diakui umat dalam masalah-masalah ijtihadiyah.Kemudian jika dia menjadikan pendapat itu sebagai pegangan dia tidak berdosa dan tidak boleh ada bantahan terhadap apa yang dipegang dan diamalkanya.

Adapun pendapat lain yang bertentangan boleh dilakukan melalui nilai-nilai ilmiah yang jauh dari mencela atau menyatakan keburukan orang yang berbeza pendapat denganya. Pendapat bertentangan boleh dikemukan berserta dalil-dalil disertai dengan hikmah(kata-kata yang bijak) berupa nasihat yang baik dan tetap menjaga persaudaraan.

Kesimpulanya - Berdasarkan pendapat jumhur ulamak tidak boleh melakukan bantahan dalam masalah ijtihadiyyah oleh para imam mujtahid, apa lagi bantahan secara kekerasan hingga melemparkan tuduhan-tuduhan jelek seperti pelaku bida'ah, sesat dan jahil. Setelah dia berhujah secara ilmiah mengikut pandangannya, dia tiada hak memaksa orang lain mengikutinya. Sesiapa sahaja melihat kebenaran ada pada salah satu dari dua pendapat yang ada, dia harus mengkutinya. Dan sesiapa yang bertaklid kepada orang yang berlainan berpendapat, maka jangan diingkari." 

Golongan yang melayari bahtera perubahan minda begitu berani melawan pendapat jumhur ulamak dalam bab istiwa(aqidah). Para ulamak muktabar tidak mengizinkan berijthad dalam hal yang telah disepakati oleh mereka dan berlapang dada dalam hal khilafiah. Tetapi mereka golongan tajdid melawan arus dengan bersikap keras dalam masalah khilafiah dan sebaliknya menetang ijmak ulamak dalam hal takwilan makna istiwa(Allah duduk di atas Arsy). Sungguh pelik sikap mereka.

JIka sesama ulamak mujtahid pun tidak dibenarkan berbantah-bantahan atau mengingkari pendapat satu sama lain yang bersifat ijtihadiyyah apalagi orang yang jauh kebawah dari kedudukan ulama mujtahid sudah tentu mereka lebih tidak layak untuk mengingkari fatwa khilafiyyah. Kalau ulamak  jerung telah memperakui bolehnya mengikut salah satu dari imam mazhab yang empat maka nasihat saya lemparkan saja ketepi seruan dari ulamak bilis yang mana ilmu, iman dan taqwa mereka tidak melepasi buku lali para imam mujtahid. 

Friday, August 27, 2010

Meniti Jalan Yang Lurus

Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari didalam solat 5 waktu. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, (minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin). Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi (nikmat) pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.

Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Sahabat r.a, Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah.

Para Sahabat dan Generasi salaf hidup dalam 3 kurun yang terbaik seperti yang diberi tahu oleh Nabi s.a.w. Generasi awal memahami Al-Quraan dan Sunnah jauh leih baik dari kita yang hidup 1400 thaun selepas mereka. Islam(kitab Allah dan Hadits Nabi s.a.w) yang kita anuti pada hari ini adalah datangnya melalui tangan dan lisan mereka yang tetap istiqamah diatas jalan yang lurus.

Jika kita menganadaikan mereka tidak berhati-hati semasa menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan Al-Quraan dan Hadits kepada generasi selepas mereka bagaimana pula sesuatu hadits itu hendak dikatakan sahih atau tidak ? Bukankah semua hadits Nabi s.a.w sampai kepada kita melalui lidah dan tulisan mereka. Ilmu Islam akan tergugat sekiranya kita mengatakan ulamak salaf kurang cermat didalam hal penyampaian ilmu dan periwayatan hadits.

Apabila kita mengatakan para ulamak salaf terutamnya imam-imam mujtahid berfatwa tidak mengikut sunnah maka natijahnya ialah kita menuduh mereka berfatwa mengikut hawa-nafsu. Ini adalah satu tuduhan yang sangat berat. Jika mereka tersilap(mungkin ada dalam kes-kes terpencil) sudah tentu ulamak-ulamak yang datang sesudah mereka terutamanya anak murid mereka akan membuat pembetulan. Kesilapan kecil atau sesuatu yang kurang hampir kepada kebenaran didalam berfatwa bukanlah bermakna seluruh ajaran mazhab berkenaan mestilah dibubarkan.

insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah.

Mari kita lihat kata-kata Imam al-Nawawi dalam bab pentingnya mengikut mazhab bagi sekelian orang awam.


Kata-kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu'

“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu. Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini. Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam. Hal ini, apabila diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.”