Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari didalam solat 5 waktu. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, (minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin). Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi (nikmat) pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.
Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Sahabat r.a, Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah.
Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Sahabat r.a, Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah.
Para Sahabat dan Generasi salaf hidup dalam 3 kurun yang terbaik seperti yang diberi tahu oleh Nabi s.a.w. Generasi awal memahami Al-Quraan dan Sunnah jauh leih baik dari kita yang hidup 1400 thaun selepas mereka. Islam(kitab Allah dan Hadits Nabi s.a.w) yang kita anuti pada hari ini adalah datangnya melalui tangan dan lisan mereka yang tetap istiqamah diatas jalan yang lurus.
Jika kita menganadaikan mereka tidak berhati-hati semasa menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan Al-Quraan dan Hadits kepada generasi selepas mereka bagaimana pula sesuatu hadits itu hendak dikatakan sahih atau tidak ? Bukankah semua hadits Nabi s.a.w sampai kepada kita melalui lidah dan tulisan mereka. Ilmu Islam akan tergugat sekiranya kita mengatakan ulamak salaf kurang cermat didalam hal penyampaian ilmu dan periwayatan hadits.
Apabila kita mengatakan para ulamak salaf terutamnya imam-imam mujtahid berfatwa tidak mengikut sunnah maka natijahnya ialah kita menuduh mereka berfatwa mengikut hawa-nafsu. Ini adalah satu tuduhan yang sangat berat. Jika mereka tersilap(mungkin ada dalam kes-kes terpencil) sudah tentu ulamak-ulamak yang datang sesudah mereka terutamanya anak murid mereka akan membuat pembetulan. Kesilapan kecil atau sesuatu yang kurang hampir kepada kebenaran didalam berfatwa bukanlah bermakna seluruh ajaran mazhab berkenaan mestilah dibubarkan.
insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah.
Mari kita lihat kata-kata Imam al-Nawawi dalam bab pentingnya mengikut mazhab bagi sekelian orang awam.
Kata-kata Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu'
“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’2 sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu. Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini. Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam. Hal ini, apabila diteliti oleh si awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.”
No comments:
Post a Comment