Wednesday, October 27, 2010

Bagaimana Memahami Kata-Kata Imam As-Syafi'e

 " Jika kamu dapati ada hadis yang sahih bertentangan dengan pendapat ku maka ikutilah hadis itu dan tinggal lah pendapatku."

Diantara perkara yang menjadi perbahasan hingga membawa kepada pelbagai pendapat ialah dalam memahami kata-kata Imam As-Syafi'e ketika berpesan kepada anak-anak muridnya. Salam faham dalam memahami maksud sebenar inilah yang mendorong sebahagian dari kita mengambil kesempatan untuk menonjol pendapat sendiri dan mempertikai sebahagian dari fatwa Imam As-Syafi'e atas alasan hujah yang lemah atau hadis yang sanadnya lemah.Berikut adalah jawaban yang di petik dari:

HURAIAN TENTANG PERKATAAN IMAM SYAFIE
http://almalakawi.wordpress.com

اذا صح الحديث فهو مذهبى
Di dalam kitab Al-majmuk ada menerangkan pengertian sebenar perkataan Imam Syafie r.mh :

i. Tiadalah bermaksud bahawa seseorang yang melihat hadis sahih lantas dia berkata ini adalah mazhab Syafie dan beramal dengan zahir hadis.

ii. Tidak juga perkataan ini ditujukan kepada mereka yang tidak sampai kepada darajat ijtihad yang mana apabila menemui hadis sahih terus beramal dengannya.

iii. bahkan makna perkataan ini ditujukan kepada mereka yang sampai darajat ijtihad tetapi hendak beramal dengan hadis sahih yang ditemui ada beberapa syarat:-

a. Setelah ia(mujtahid) meneliti sekelian kitab Imam syafie dan sekelian kitab ulama mazhab Syafie

b. Kuat pada sangkaannya bahawa Imam Syafie tidak menemui hadis sahih itu.

Banyak hadis sahih yang telah sampai kepada Imam Syafie atau yang dia mengetahui tetapi dia tidak beramal dengan zahir hadis itu kerana Imam Syafie mengeluarkan hukum daripada hadis yang terlebih rajih daripadanya . Terkadang hadis itu mansukh (hadis yang dibatalkan hukum) atau ada hadis yang lain mentakhsiskan atau Imam Syafie telah mentakwil (mengambil makna yang lain selain daripada makna yang sebenar) hadis itu atau lainnya .

Ada setengah orang menyebut bahawa perkataan ini ditujukan kepada Ashab (anak murid ) Imam Syafie iaitu Imam Muzani Dan Imam Buwaiti ketika mereka mengemukakan pertanyaan ” yang mana satu hendak dipegang antara dua perkataan Imam Syafie iaitu Qaul Qadim (pendapat Imam Syafie semasa di Baghdad) atau Qaul Jadid (pendapat imam Syafie semasa di Mesir). Maka Imam Syafie memberi jawapan dengan berkata

اذا صح الحديث فهو مذهبى .
Oleh kerana itu perkataan Imam Syafie tersebut dibahaskan di dalam Muqaddimah Majmuk Imam Nawawi sebelum beliau masuk kepada tajuk

فصل كل مسئلة فيها قولان للشافعى رحمه الله قديم و جديد .
(ertinya: “Fasal bagi setiap masalah feqah ada padanya dua pendapat di sisi Imam Syafie r.h.m iaitu qaul qadim dan qaul jadid.”)

Disana juga ada terdapat masalah-masalah yang wajib di pegang atau diamalkan mengikut kaul qadim sedangkan kaedah asal kita wajib beramal dengan kaul jadid.

Peringatan:

Mazhab Shafie mempunyai ulama-ulama mujtahid tersendiri yang telah menjaga mazhab ini dengan berpandukan kaedah-kaedah Imam Syafie. Jika diandaikan bahawa Imam Syafie tidak menemui sesebuah hadis yang sahih untuk menerangkan sesuatu hukum, maka merekalah yang terlebih mampu dalam penyelidikan tersebut. Sesungguhnya telah maklum bahawa hukum-hakam dalam mazhab Syafie telahpun lengkap dengan dalil-dalil yang diutarakan di dalam kitab-kitab muktabar mereka itu.

No comments: